Farasu : Menongkah Arus

Death Mélodique / Malaisie
(2010 - NeoChronicles Productions)
En savoir plus

Les paroles

1. KERIS SONGSANG

Keris yang terhunus songsang,
Menerjah rambang segala arah,
Diseru amarah yang membara,
Berpaksi gelora khianat.

Sumpah dilanggar janji dinoda,
Khianati perjuangan yang suci,
Dengki kesumat menguasai jiwa,
Meracuni jiwa bangsa.

Retorika dilaungkan,
Memujuk yang pergi,
Tak mungkin akan kembali,
Kerana terjaga dari mimpi...

Acu beradu bertentang mata,
Sembunyi tangan melontar dusta,
Langkah sumbang telah terbuka,
Menanti saat menikam mangsa!

Retorika dilaungkan,
Memujuk yang pergi,
Tak mungkin akan kembali,
Kerana terjaga dari mimpi...

Retorika dilaungkan,
Memujuk yang pergi,
Tak mungkin akan kembali,
Kerana terjaga dari mimpi...


2. TANGISAN MALAM

Menderu tangis merintih duka,
Meratap dosa tersiksa jiwa,
Dihimpit bayangan kejahatan,
Terdampar sepi di alam ngeri...

Terawang-awang di kegelapan,
Terkapai mencari haluan...
Menjejak sinar kebebasan,
Merayu keampunan...
Terungkai segala siksa,
Nikmati sebuah damai...

Meronta jiwa menghiba kesal,
Menanggung siksa dosa berulang,
Merayu ihsan kebebasan,
Mensuci semangat kejahatan...

Terpancar sinar kebebasan,
Menghampar laluan cahaya,
Bergema seru keampunan,
Terpadam segala dosa,
Menyusuri titian langit,
Damai menuju ke syurga...

Terpancar sinar kebebasan,
Menghampar laluan cahaya,
Bergema seru keampunan,
Terpadam segala dosa,
Menyusuri titian langit,
Damai menuju ke syurga...

paroles ajoutées par Fidaiyyin - Modifier ces paroles